Total Assist: 1-800-88-2121

Dokumen Polisi Kekurangan Kredit Kereta Persendirian

NOTA PENERANGAN

Cara membaca dokumen ini 

Sila ambil perhatian bahawa Perlindungan Kekurangan Kredit – Polisi Kenderaan Persendirian hanya bermula dari halaman 3 dan seterusnya. Bagi membantu Anda membaca dan memahami Polisi Anda dengan lebih mudah Kami menyediakan beberapa nota penerangan bersama-sama dengan ulasan dan contoh (ditulis dalam huruf condong). Nota penerangan ini tidak dianggap sebagai sebahagian daripada Polisi Anda dan tidak boleh digunakan bagi mentafsir kontrak insurans Anda jika berlaku apa-apa pertikaian. 

Sila rujuk definisi pada halaman 8 untuk istilah berkaitan insurans.

Apakah yang dikira sebagai kontrak insurans Anda? 

Kontrak insurans Anda dengan Kami merangkumi seperti berikut: 

  • Polisi insurans pada halaman 3 hingga 8 (kecuali teks dalam huruf condong); 
  • Apa-apa maklumat yang Anda telah beritahu Kami semasa memohon insurans ini; 
  • Jadual; dan 
  • Dasar Polisi.

Kesemuanya hendaklah dibaca bersekali kerana ia membentuk kontrak insurans Anda. 

Bila perlindungan Anda berkuat kuasa? 

Insurans ini mula berkuat kuasa dari waktu Anda membeli perlindungan atau pada waktu berkuat kuasa yang dipersetujui, sehingga tarikh tamat. Tempoh Insurans akan dicetak di dalam Jadual Polisi dan dokumen berkaitan. Jika terdapat sebarang perubahan bagi tarikh-tarikh tersebut, ianya akan ditunjukkan dalam Endorsemen yang dikeluarkan oleh Kami.   

KEWAJIPAN PENDEDAHAN

1. Kontrak Insurans Pengguna

Jika insurans yang Anda pohon ini tidak berkaitan sama sekali dengan perdagangan, perniagaan atau profesion Anda, Anda bertanggungjawab mengambil langkah yang munasabah untuk tidak membuat salah nyataan semasa menjawab apa-apa soalan dalam Borang Cadangan (atau semasa Anda membuat permohonan insurans ini) iaitu, Anda sepatutnya menjawab semua soalan dengan tepat dan sepenuhnya. Kegagalan mengambil langkah yang munasabah boleh menyebabkan Kami mengelak kontrak insurans, menolak atau mengurangkan tuntutan Anda, menukar terma atau menamatkan kontrak insurans Anda mengikut remedi-remedi yang diperuntukan di bawah Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Anda juga dikehendaki mendedahkan lainlain perkara yang Anda tahu sebagai berkaitan kepada keputusan Kami sama ada untuk menerima atau tidak risiko dan kadar dan terma yang hendak dipakai. 

Anda juga bertanggungjawab memberitahu Kami serta merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans Anda berkuat kuasa, semasa memohon dengan Kami untuk membuat perubahan atau memperbaharui, apa-apa maklumat yang diberi di dalam Borang Cadangan (atau semasa Anda membuat permohonan insurans ini) tidak tepat atau telah berubah.  

2. Kontrak Insurans Komersial   

Jika insurans yang Anda pohon ini berkaitan sepenuhnya dengan perdagangan, perniagaan atau profesion Anda, Anda bertanggungjawab mendedahkan apa-apa perkara yang Anda tahu sebagai berkaitan kepada keputusan Kami sama ada untuk menerima atau tidak risiko dan kadar dan terma yang hendak dipakai, serta apa-apa perkara seorang yang munasabah dalam hal keadaan itu boleh dijangkakan tahu sebagai berkaitan, kegagalan membuat demikian boleh menyebabkan Kami mengelak kontrak insurans, menolak atau mengurangkan tuntutan Anda, menukar terma atau menamatkan kontrak insurans Anda. 

Anda juga bertanggungjawab memberitahu Kami serta merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans Anda berkuat kuasa, semasa memohon dengan Kami untuk membuat perubahan atau memperbaharui, apa-apa maklumat yang diberi di dalam Borang Cadangan (atau semasa Anda membuat permohonan insurans ini) tidak tepat atau telah berubah. Berikut adalah contoh-contoh tindakan yang boleh Kami ambil terhadap anda memberi pernyataan salah tentang mana-mana fakta kepada Kami sebelum Polisi berkuat kuasa:   

  • isytiharkan Polisi Anda sebagai terbatal dari mula lagi (iaitu Polisi tidak sah), dan Kami boleh tidak memulangkan apa-apa premium; 
  • batalkan Polisi tersebut dan pulangkan premium setelah ditolak caj pembatalan atau menuntut premium yang belum bayar;
  •  tuntut semula apa-apa kekurangan premium yang tidak dikenakan; 
  • tolak mana-mana tuntutan yang telah atau akan dikemukakan dibawah Polisi; atau 
  • berhak menuntut kembali dari jumlah mana-mana tuntutan yang telah dibayar di bawah Polisi atau manamana tuntutan yang terpaksa Kami bayar kerana undang-undang jalanraya termasuk kos membuat tuntutan.  

PERJANJIAN ANTARA KITA

Sebagai balasan bayaran premium oleh Anda, Kami hendaklah, tertakluk kepada terma, syarat, had, pengecualian dan apa-apa pengendorsan Polisi ini, menyediakan insurans yang dinyatakan di dalam Polisi ini. Cadangan yang diserahkan kepada Kami akan dijadikan asas kepada Polisi ini. Adalah menjadi tanggungjawab Anda untuk mendedahkan semua fakta material. Kegagalan untuk mendedahkan maklumat ini boleh menyebabkan Kami menolak Polisi ini. 

Polisi ini dikeluarkan sebagai balasan bayaran premium yang dpersetujui dan berdasarkan maklumat yang diberikan dalam Jadual Polisi. Kami telah diberikan kuasa untuk membayar jumlah yang terhutang kepada pembiaya Anda berikutan penyelesaian Kerugian Keseluruhan oleh Polisi motor asas Anda dengan Kami, tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di dalam Polisi ini. 

Polisi ini hendaklah dikuatkuasakan pada Tarikh Permulaan Polisi seperti yang dinyatakan dalam Jadual Polisi dan akan terus berkuatkuasa sehingga penamatan atau pembatalan mengikut terma dan syarat yang terkandung di dalam Polisi ini. 

Polisi ini mencerminkan terma dan syarat kontrak insurans yang dipersetujui di antara Anda dan Kami.  

PERLINDUNGAN KEKURANGAN KREDIT

Seksyen ini menjelaskan apa yang Kami lindungi di bawah Polisi kekurangan kredit Anda. 

Kami menampung perbezaan antara Jumlah Diinsuranskan atau nilai pasaran (yang mana lebih tinggi) dengan kenderaan persendirian Anda yang diinsuranskan kepada Kami dan nilai penyelesaian tertunggak dari segi perjanjian kredit yang Anda tandatangani. 

Kami akan membayar perbezaan ini hanya sekiranya Kami menerima tuntutan kenderaan persendirian Anda dalam keadaan berikut: 

  • pada pendapat Kami ia tidak berhemat untuk dibaiki berikutan kerugian atau kerosakan; atau 
  • kecurian dan tidak ditemui. 

Tuntutan tidak akan dibayar jika Nilai Diinsuranskan atau nilai pasaran (yang mana lebih tinggi) Polisi kenderaan asas berkenaan melebihi nilai penyelesaian tertunggak dalam syarat-syarat perjanjian kredit. 

Perjanjian Kredit yang Anda tAndatangani mestilah termasuk di bawah definisi perjanjian kredit yang ada dalam Akta Sewa Beli 1967. 

Pampasan Kami adalah terhad kepada apa-apa amaun yang masih tertunggak pada perjanjian kredit Anda ditolak dengan apa-apa ansuran atau sewa yang belum dibayar, termasuk faedah yang perlu dibayar atas tunggakan.   

PERLINDUNGAN DEPOSIT

Sekiranya berlaku tuntutan yang ditakrifkan di bawah kekurangan kredit seperti di atas, Kami akan membayar pampasan kepada Anda untuk deposit yang dibayar ke atas kenderaan persendirian yang diinsuranskan. Pampasan Kami adalah terhad kepada 10% daripada amaun yang diinsuranskan ke atas kenderaan persendirian pada permulaan Polisi, dengan maksimum sebanyak RM10,000.

Untuk terma dan syarat sila rujuk item no.2 berkenaan - Perlindungan yang diberikan oleh Polisi ini di bawah.   

PENGECUALIAN

Semua pengecualian Polisi asas adalah terpakai bagi Polisi ini, Jika Kami menyatakan bahawa tuntutan tidak dilindungi disebabkan mana-mana pengecualian ini, Anda mesti membuktikan sebaliknya.  

TERMA DAN SYARAT

Seksyen ini menjelaskan terma dan syarat yang mesti Anda patuhi bagi memastikan insurans ini terus berkuatkuasa. Pada dasarnya syarat-syarat ini ada tiga jenis: 

  • Apa yang Anda mesti lakukan 
  • Apa yang tidak boleh Andalakukan 
  • Apa yangKami boleh lakukan

Syarat Terdahulu terhadap Liabiliti Polisi

Syarat-syarat berikut ialah syarat terdahulu kepada liabiliti Kami untuk melindungi Anda di bawah Polisi ini dan perlu dipatuhi oleh Anda dengan betul. Kami boleh menolak Polisi ini dan / atau tidak akan membayar tuntutan di bawah Polisi jika Anda melanggar mana-mana syarat berkaitan. Syarat-syarat ini juga terpakai kepada pemandu yang Anda berikan kuasa dan mana-mana wakil undang-undang yang mendapatkan indemniti di bawah Polisi ini.

Perlindungan di bawah Polisi ini tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut:  

1. Dasar Polisi ini 

Polisi ini, Jadual, surat-menyurat Kami kepada Anda, permohonan Anda untuk insurans dan sebarang pertanyaan, secara bertulis atau lisan, yang dilakukan oleh Anda, atau bagi pihak Anda, membentuk kontrak antara Kami dan Anda. 

2. Perlindungan yang disediakan oleh Polisi ini 

Kami menampung perbezaan antara Jumlah Diinsuranskan atau nilai pasaran (yang mana lebih tinggi) dengan kenderaan persendirian Anda yang diinsuranskan kepada Kami dan nilai penyelesaian tertunggak dari segi perjanjian kredit yang Anda tandatangani.  

Kami akan membayar perbezaan ini hanya sekiranya Kami menerima tuntutan kenderaan persendirian Anda dalam keadaan berikut:

  • pada pendapat Kami ia tidak berhemat untuk dibaiki berikutan kerugian atau kerosakkan; atau 
  • kecurian dan tidak ditemui.

Tuntutan tidak akan dibayar jika Nilai Diinsuranskan atau nilai pasaran (yang mana lebih tinggi) Polisi kenderaan asas berkenaan melebihi nilai penyelesaian tertunggak dalam syarat-syarat perjanjian kredit. 

Perlindungan di bawah Polisi ini adalah tertakluk kepada Polisi motor asas yang sah dan berkuatkuasa dengan Kami pada masa kejadian. Anda mesti mematuhi semua syarat Polisi kenderaan asas. 

Semua terma dan syarat di bawah Polisi motor asas adalah terpakai kepada Polisi kekurangan kredit ini.   

3. Kelas Penggunaan 

Persendirian 

Jika penggunaan kenderaan Anda ditunjukkan dalam Jadual sebagai “Persendirian”, ia boleh digunakan untuk tujuan sosial dan domestik dan keseronokan. Kenderaan Anda juga boleh digunakan untuk profesion dan perjalanan di antara kediaman Anda dan premis tetap perniagaan. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan, perdagangan atau pekerjaan, tetapi hanya dalam keadaan tertentu. Jika Anda menggunakan kenderaan Anda untuk perniagaan, perdagangan atau pekerjaan secara tetap, sebagai contoh, Anda menggunakannya bagi tujuan perniagaan sebanyak sekali atau dua kali seminggu, ia tidak akan dilindungi di bawah pengunaan kelas Persendirian. 

4. Faedah daripada Syarikat Sewa Beli 

Jika tuntutan yang sah berlaku dan kenderaan Anda adalah subjek perjanjian kredit sebagaimana ditakrifkan dalam Akta Sewa Beli 1967, Kami akan membayar Syarikat Sewa Beli amaun baki pinjaman Anda itu.

Polisi asas akan membayar perbezaan kepada Anda jika amaun baki pinjaman adalah kurang daripada jumlah yang diinsuranskan untuk kenderaan Anda seperti ditunjukkan dalam Jadual Polisi asas. 

Polisi kekurangan kredit tidak akan membuat pembayaran di mana amaun baki pinjaman adalah kurang daripada jumlah yang diinsuranskan dalam Jadual Polisi asas. 

5. Tempoh Polisi 

Tempoh Polisi adalah tempoh dari tarikh permulaan Polisi ini, seperti ditunjukkan dalam Jadual, sehingga tarikh tamat yang ditunjukkan dalam Jadual. Selepas tempoh Polisi ini, semua perlindungan di bawah Polisi ini akan tamat. 

6. Pembayaran premium 

Anda mesti membayar premium Anda pada atau sebelum tarikh permulaan Polisi ini. 

7. Kewajipan berjaga-jaga 

Anda mesti mengambil semua langkah mencegah dan perhatian yang munasabah untuk mencegah atau meminimumkan kerugian atau kerosakan. 

8. Pembatalan 

8.1 Jika Anda tidak berpuas hati dengan perlindungan yang disediakan dalam Polisi ini, sila maklumkan kepada Kami permintaan pembatalan Anda secara bertulis dalam tempoh tujuh (7) hari dari Tarikh Permulaan Polisi. Kami akan membayar balik premium, dengan syarat tiada tuntutan telah dibayar.  

 8.2 Anda boleh membatalkan Polisi ini pada bila-bila masa. Bayaran balik akan dibuat atas permintaan dengan syarat tiada tuntutan telah dibayar. Rajah di bawah menggariskan jadual bayaran balik:   

8.3 Kami boleh juga membatalkan Polisi ini dengan memberi Anda notis empat belas (14) hari secara bertulis melalui surat berdaftar kepada alamat Anda seperti yang dinyatakan di dalam Jadual. Anda layak mendapat bayaran balik premium bagi tempoh yang belum tamat dikira secara pro rata dari tarikh Kami menerima Jadual Polisi daripada Anda hingga ke tarikh luput Polisi. Tidak ada bayaran balik premium jika sesuatu tuntutan telah dibuat terhadap Polisi ini. 

9. Penamatan

9.1 Insurans yang disediakan di bawah ini akan tamat secara automatik apabila berlaku salah satu perkara berikut :- 

a) Tarikh luput semulajadi Polisi; 

b) Bayaran tuntutan di bawah Polisi ini; 

9.2 Polisi secara automatik akan luput apabila Anda menjual atau melupuskan kenderaan Anda kerana kepentingan boleh insurans Anda terhadap kenderaan itu akan berhenti. 

9.3 Tarikh Polisi Anda dibatalkan. 

10. Hak-hak Anda 

10.1 Anda tidak boleh menyerah dan membahagikan hak atau obligasi Anda kepada orang lain. Tiada orang lain boleh membuat tuntutan terhadap Kami. 

10.2 Anda tidak boleh memindahkan perlindungan di bawah Polisi ini dari satu kenderaan kepada yang lain. 

11. Syarat Tuntutan 

1.1 Asas penyelesaian tuntutan Kami akan membayar pampasan kepada Anda dengan membayar secara tunai. Sebelum Kami memuktamadkan atau menyelesaikan sebarang tuntutan, Kami mungkin memerlukan Anda untuk menandatangani baucar pelepasan. 

11.2 Prosedur tuntutan Jika kereta Anda terlibat dalam sebarang kejadian yang memungkinkan tuntutan dibuat terhadap Polisi ini, Anda mesti melakukan perkara berikut: 

a) Laporkan kepada jabatan tuntutan Kami tentang kejadian itu dan dapatkan Borang Tuntutan. Anda mesti melaporkan kejadian tersebut kepada Kami dengan segera, seperti berikut-: 

  • Dalam tempoh tujuh (7) hari jika Anda tidak hilang upaya dari segi fizikal atau tidak dimasukkan ke hospital akibat Kejadian itu; atau  
  • Dalam tempoh tiga puluh (30) hari atau secepat yang boleh dilakukan jika Anda hilang upaya dan dimasukkan ke hospital akibat Kejadian itu. 

Kami boleh membenarkan tempoh pemberitahuan yang lebih lama jika Anda dapat memberikan bukti khusus serta justifikasi bagi kelewatan tersebut. 

b) Laporkan Kejadian kepada polis seperti yang dikehendaki undang-undang dan lakukan segala yang diperlukan bagi membantu pihak polis memastikan pihak bersalah dijatuhkan hukuman. 

c) Lengkapkan Borang Tuntutan sepenuhnya dan kembalikannya kepada Kami dalam masa dua puluh satu (21) hari dari tarikh pemberitahuan Anda seperti perenggan (a) di atas. Anda dikehendaki memberi jawapan terperinci terhadap semua soalan pada bahagian berkenaan dan Anda juga mesti kemukakan segala dokuman yang Kami perlukan bagi menyokong tuntutan Anda. Kami tidak bertanggungjawab jika Anda lewat menyerahkan Borang Tuntutan yang siap dilengkapkan bersama-sama kesemua dokumen yang diperlukan. 

Kami mungkin membenarkan tempoh penyerahan tuntutan yang lebih panjang tertakluk kepada bukti khusus dan justifikasi yang Anda berikan. 1

1.3 Hak Kami selepas kejadian yang boleh membawa kepada tuntutan a) Anda mesti membekalkan semua maklumat dan bantuan yang Kami perlukan dan Kami mungkin mengambil alih pembelaan atau penyelesaian tuntutan dan menjalankannya atas nama Anda. 

11.4 Penipuan atau tindakan disengajakan Anda akan kehilangan hak untuk membuat tuntutan di bawah Polisi ini jika: 

a) tuntutan adalah penipuan atau jika Anda atau sesiapa yang bertindak bagi pihak Anda menggunakan sebarang penipuan untuk mendapatkan apa-apa faedah di bawah Polisi ini; atau 

b) tuntutan berlaku disebabkan tindakan secara sengaja, atau disengajakan, atau tersengaja dilakukan oleh Anda dengan penglibatan Anda atau sesiapa yang bertindak bagi pihak Anda; atau 

c) maklumat atau dokumen yang menyokong tuntutan, sama ada diwujudkan oleh Anda atau pihak Anda, adalah tidak benar, tidak lengkap atau palsu. 

11.5 Menyelesaikan Pertikaian Jika berlaku perselisihan atau pertikaian tentang sebarang perkara yang berkaitan dengan Polisi ini yang melibatkan amaun melebihi RM250,000, Anda dan Kami akan bersama melantik seorang Penimbang Tara secara bertulis untuk menyelesaikan perselisihan atau pertikaian ini. Jika Anda dan Kami tidak boleh bersetuju tentang siapakah yang akan menjadi Penimbang Tara dalam masa sebulan seperti yang dikehendaki, maka Anda dan Kami boleh masing-masing melantik seorang Penimbang Tara. Kedua-dua Penimbang Tara tersebut akan kemudian mendengar perselisihan dan pertikaian bersama dengan seorang Pengadil yang mereka lantik. Jika Penimbang Tara tidak bersetuju dalam pemilihan Pengadil dalam masa tiga puluh (30) hari, maka seorang Pengadil akan dilantik oleh Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur. 

Jika jumlah yang dipertikaikan adalah kurang daripada RM250,000, Anda boleh rujuk perkara ini kepada Ombudsman Perkhidmatan Kewangan untuk diselesaikan. 

11.6 Bayaran balik premium a) Jika Kami menyelesaikan tuntutan di bawah Polisi ini dalam tempoh yang diinsuranskan, Kami tidak akan membayar balik sebarang premium terhadap Polisi Kekurangan Kredit untuk baki tempoh insurans Anda. 

11.7 Notis tuntutan 

a) Notis Tuntutan atau keadaan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar melalui pos, e-mel atau faks ke Pacific & Orient Insurance Co. Bhd, Wisma Bumi Raya, No. 10, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. No. Tel 03-2698 5033 and No. Faks 03-2693 8145. 

b) Notis hendaklah mengandungi butiran penuh semua fakta material yang Anda ketahui, termasuk: 

(i) tarikh, masa dan tempat Tuntutan atau keadaan; 

(ii) penerangan terperinci tentang apa yang berlaku; 

(iii) nama dan alamat pihak yang cedera;  

12. Insurans Lain Jika sesuatu tuntutan perlu dibayar di bawah Polisi ini dan Polisi yang lain, Kami akan hanya membayar bahagian Kami mengikut kadar tuntutan.

13. Maklumat yang memberi kesan kepada risiko Kami boleh mengisytiharkan Polisi ini tidak sah jika Anda: 

a) tidak memberikan semua maklumat kepada Kami yang memberi kesan kepada risiko; atau

b) memberi gambaran salah atau mengelirukan apa-apa maklumat yang memberi kesan kepada risiko. 

Anda mesti memberitahu Kami dengan serta merta tentang sebarang perubahan dalam risiko. Sekiranya terdapat sebarang perubahan material dalam risiko, maka Kami boleh meminda perlindungan dan premium dari tarikh perubahan itu. Jika Anda tidak memaklumkan kepada Kami tentang sebarang perubahan material dalam risiko, Kami berhak untuk mengelak Polisi atau menolak sebarang tuntutan yang berlaku selepas perubahan dalam risiko. Dalam hal ini, istilah “Anda” termasuklah mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Anda. 

14. Bidang kuasa Polisi ini tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia. Undang-undang Malaysia akan digunakan. 

15. Seseorang yang berurusan bagi pihak Anda Anda melepaskan hak Anda untuk menerima pampasan jika seseorang yang berurusan bagi pihak Anda tidak mematuhi terma dan syarat Polisi ini untuk kejadian atau tuntutan. 

16. Pindaan bagi mematuhi undang-undang Anda dan Kami bersetuju bahawa sebarang terma atau syarat Polisi ini yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang akan dipinda bagi mematuhi undang-undang tersebut. 

17. Rujukan kepada bentuk tunggal dan jamak Dalam Polisi ini, rujukan kepada bentuk tunggal adalah termasuk dalam bentuk jamak dan begitu juga rujukan kepada bentuk jamak termasuk dalam bentuk tunggal. 

18. Perkataan Lazim Polisi Bagi mengelakkan kekeliruan, versi Polisi Bahasa Inggeris ini akan mengatasi versi Bahasa Malaysia pada setiap masa.  

DEFINISI

Kami telah mendefinisikan perkataan dengan maksud yang tertentu. Perkataan di bawah bermaksud seperti berikut: 

Kereta: merujuk kepada sejenis kenderaan motor persendirian yang direka untuk menampung sepuluh orang atau kurang (termasuk pemandu), dan tidak melebihi 3500kg dalam jisim kasar kenderaan. 

Tuntutan / tuntutan-tuntutan: merujuk kepada sebarang permintaan bagi pampasan (ganti rugi), sama ada terdapat apa-apa amaun yang telah ditetapkan untuk tuntutan.

Lesen: merujuk kepada lesen memandu sahih yang sah mengikut jenis lesen yang ditunjukkan dalam Jadual. Seseorang yang belajar memandu mesti mempunyai lesen pelajar sahih secara sah.

Pemandu / pemandu-pemandu yang dinamakan: merujuk kepada orang yang dinyatakan dalam Jadual sebagai satu-satunya orang yang dibenarkan untuk memandu kenderaan Anda. 

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan: sebuah badan bebas yang menawarkan saluran percuma dan cekap untuk membantu menyelesaikan pertikaian kewangan antara Anda dengan Kami di bawah Polisi ini sebagai alternatif kepada penyelesaian di mahkamah. Anda boleh menghubungi badan ini di alamat / No. Telefon / Fax seperti berikut: Level 14, Main Block Menara Takaful Malaysia No 4, Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Tel: +603-2272 2811 / Fax: +603-2272 1577 

Tempoh insurans: merujuk kepada satu tempoh daripada tarikh permulaan hingga tarikh luput Polisi ini. Polisi termasuk perkataan Jadual dan Polisi yang disenaraikan dalam Jadual Alamat pos ialah alamat yang dinyatakan dalam Jadual. 

Pemandu tetap merujuk kepada seseorang yang dinyatakan dalam Jadual yang memandu kenderaan Anda paling kerap. 

Jadual ialah dokumen yang menyatakan nama dan alamat Anda, Tempoh Insurans, seksyen-seksyen Polisi ini yang berkuat kuasa, premium yang Anda telah bayar, Kereta yang diinsuranskan. 

Amaun Diinsuranskan ialah amaun maksimum yang Polisi asas Anda sekiranya berlaku tuntutan. Polisi asas merujuk kepada Polisi kenderaan persendirian sah yang berkuat kuasa dengan Kami.

Kami: merujuk kepada Pacific & Orient Insurance Co. Berhad. 

Anda: merujuk kepada nama pemegang Polisi yang dinyatakan di dalam Jadual. 

Kenderaan Anda: merujuk kepada kenderaan persendirian yang dinyatakan di dalam Jadual. Ini termasuk alat-alat standard, aksesori dan alat-alat ganti di dalam atau di atasnya, serta aksesori tambahan lain dan bahagian-bahagian kenderaan persendirian ketika ianya dipasang.